Saturday, July 18, 2009

Kerja Amal rumah anak yatim & terbiar nasyiatul aisyiyah p,pinang











Minggu lepas, aku dan family serta PRRC buat satu aktivit amal ke rumah anak yatim nie. Memang mereka memerlukan bantuan yg berterusan untuk ini. Senang cerita bacalah dari petikan SInar Edisi P.Pinang nie . aku copy jer PRRC riadah sambil beramal BALIK PULAU – Konvoi Proton Rally Replica Club (PRRC) yang berkunjung ke Pulau Pinang pada kali ini bukan diisi dengan aktiviti riadah semata-mata malah ditambah dengan program amal yang dapat meningkatkan nilai murni dalam kalangan peserta. Jurucakap PRRC, Suhaimi Nasro Ali berkata, program konvoi yang sebelum ini menjelajah lokasi pelancongan seperti Port Dickson dan buat pertama kalinya mereka berkunjung ke sini untuk membantu penghuni Rumah Jagaan Nasyiatul Aisyiyah. “Kami mengetahui mengenai pusat jagaan ini melalui seorang teman dan butiran diperoleh melalui Internet. "Kami berasa terpanggil untuk membantu mereka kerana bukan sahaja peserta konvoi akan mendapat pengalaman malah akan program akan terasa lebih bermakna jika kita membantu mereka yang memerlukan. "Segala barangan dapur dan keperluan serta wang tunai yang disumbangkan adalah tajaan beberapa badan korporat dan persendirian termasuk hasil tabung PRRC,” katanya. Sementara itu, Presiden PRRC, Suhaimi Jamaludin berkata, mereka berbesar hati kerana berpeluang membantu anak yatim yang memerlukan bantuan dan diharapkan program seumpama itu dapat diteruskan pada masa hadapan. “Sebanyak 14 buah kereta dan 43 peserta menyertai program konvoi selama tiga hari dua malam ini dan pelbagai tempat menarik di sini kami lawati dan kerjasama yang diberikan oleh peserta mengeratkan lagi hubungan sesama ahli,” katanya. Pemilik Rumah Jagaan Nasyiatul Aisyiyah, Rohani Hussain Sa berterima kasih di atas bantuan yang dihulurkan. Beliau juga kini sibuk mengatur perancangan untuk memberi kehidupan yang lebih selesa kepada anak yatim. “Disebabkan rumah ini semakin sesak ditambah pula dengan anak yang baligh, kami mengambil keputusan untuk menyewa sebuah rumah baru untuk menempatkan mereka. Selain itu, beberapa bahagian rumah ini juga dipecahkan bagi memenuhi syarat yang dikemukakan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat agar lesen, geran dan bantuan akan dapat diluluskan. “Selain itu, beberapa buah bilik air dan bilik tidur ditambah untuk keperluan anak-anak di sini malah ruang makan juga turut dibina agar mereka dapat makan dengan selesa. Segala sumbangan dan pertolongan yang dihulurkan oleh mana-mana pihak amat besar maknanya dan kami amat menghargai bantuan yang diberikan,” katanya. Dalam pada itu, beliau sedang mengumpulkan wang untuk membeli sebidang tanah bagi membolehkan semua anak dapat berkumpul dan tinggal bersama di dalam sebuah rumah. Menurut Rohani, ia akan memudahkan lagi dia dan suami menguruskan penghuni lantaran tidak perlu berulang-alik dari satu rumah ke rumah yang lain. “Ada individu yang ingin menjual tanah beliau dengan harga RM60,000 namun hasrat itu terpaksa dipendamkan kerana wang masih tidak mencukupi. Pada pandangan saya, tapak tersebut amat sesuai sekali kerana ianya luas di mana anak-anak boleh melakukan kegiatan riadah dan menjalankan sedikit cucuk-tanam. “Disebabkan tiada tempat bermain, setiap petang mereka dibawa ke tanah perkuburan untuk bermain kerana tanahnya lapang dan mereka tidak akan mengganggu ketenteraman jiran sekeliling dan saya berharap wang tersebut akan berjaya dikumpulkan demi kesejahteraan anak yang dijaga,” katanya.

Sunday, July 5, 2009

Bandung Trip prt2
















Lg gambar d sana

Bandung Trip











Last week pergi bandung dengan rakan2 antaranya liza & family, zulnahar, aisyah. 5 hari 4 mlm disana, Free & easy, bestlah. 1st day lepak dulu di Jakarta, pastu lepak terus d Bandung Hotel Mitra mkn mlm di Jalan Dago. 2nd day 1 hari d Pasar Baru, mlm dah ke Rumah Mode mkn ml di restoran Sankuriang. 3rd day pergi Tangkuban Perahu, Hotspring & Paris van Java & Cihamplas mkn mlm di Paris Van Java Mall. 4th day lepak ke, Cibaduyut & Cihamplas lg mkn malam d WARUNG Sate. Pastu esok harinya blk..............cukup ker? mcm x cukup jer masa.